Sarawak Bumi Kenyalang
Sarawak juga dikenali Sebagai Bumi Kenyalang di mana burung kenyalang mempunyai pertalian rapat dengan kehidupan,sejarah dan lagenda masyarakat Peribuminya.
Perahu Tambang Sungai Sarawak
Seperti Irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan,seperti itu jugalah di ibaratkan Perahu Tambang dan Sungai Sarawak.
Dewan Bandaraya Kuching Utara
Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara tersergam Indah di Bukit Siol,Petra Jaya.
Wisma Bapa Malaysia
Wisma Bapa Malaysia adalah Ibu Pejabat untuk Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Sarawak.
Dewan Undangan Negeri Sarawak
Dewan Undangan Negeri sarawak adalah Simbol lambang Perpaduan dan Kemajuan Rakyat Sarawak yang dikecapi dari Kuching hinggalah ke Lawas.
Sunday, October 30, 2011
Saturday, October 22, 2011
Kisah wanita Tua Penjual Tempe
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh
jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat
akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , “Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin”
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu.
Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe ,Amin”
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi
sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.
Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku.
Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam
hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya.
Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat
isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.
Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya cumaduduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.
Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.
Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.” Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya”Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”.
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.
Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?”
Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England , si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…
Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.
Resipi Rahsia dalam Secret Recipe
Mungkin ramai pembaca tidak mengenali Datuk Steven Sim, tetapi penulis yakin ramai mengetahui nama kafe Secret Recipe. Begitu besar impak jenama kafe yang lahir di negara ini dan jenama ini sedang berkembang hari demi hari.
Menaungi kira-kira 3000 pekerja dan 98% daripada mereka adalah pekerja Melayu beragama Islam. Secret Recipe bermula dengan 10 jenis kek dan lima hidangan lain. Kini kafe ini menawarkan 45 jenis kek dan 30 makanan lain.
Datuk Steven Sim ialah anak kelahiran Kota Bharu Kelantan dan beliau membesar dalam kelompok masyarakat Melayu. Akibat kehidupan dalam kekurangan, beliau kreatif dalam kehidupannya. Mengakui dilahirkan dengan bakat berniaga, namun kata beliau jiwa keusahawanan tidak boleh dibuat-buat.
Ditanya bagaimana Secret Recipe bermula, beliau menjawab, “Ketika itu saya merasakan ada sesuatu yang kurang dalam perniagaan makanan di negara kita. Kita ada “fine dining” di hotel-hotel, manakala kedai makan biasa selalunya serba ringkas dan kurang menjaga kebersihan. Tidak ada “casual dining” di mana kita boleh menikmati hidangan sambil bersantai dalam suasana yang menarik dengan harga makanan yang tidak terlalu mahal.”
Dari situlah bermulalah premis pertama Secret Recipe di SS2 Petaling Jaya.
Steven berkongsi pengalaman memperkenalkan Secret Recipe di negara Singapura. Hasrat membuka outlet di Orchard Road kecundang lantaran jenama Malaysia dipandang rendah. Tidak berputus asa dia mencuba di kawasan lain di republik itu. Ternyata sambutan yang diterima amat menggalakkan.
Tatkala berjaya, beliau ditawarkan ruang perniagaan di Orchad Road. Bukan itu sahaja, dua kali beliau didatangi pihak pelaburan Singapura agar memindahkan ibupejabat Secret Recipe ke Singapura. Namun jati diri Steven tidak mudah terpesona dengan tawaran itu.
Kini dengan pasaran menjangkau ke China, Australia, Filipina, Thailand, Brunei, Indonesia dan beberapa negara lain, percaturan Steven bersama tiga anak saudaranya membuahkan hasil.
#Kisah beliau ini dipetik daripada akhbar Mingguan Malaysia 24 April 2011 tulisan Noraini Abd Razak.
Dayang Salhah : Jutawan Senyap Kek lapis
PADA usia baru mencecah 47 tahun, Dayang Salhah Awang Weldan, selayaknya merangkul Anugerah Peladang Jaya Wanita sempena Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Betong pada 31 Julai-2 Ogos tahun lalu, apabila beliau berjaya untuk meraih gelaran ‘jutawan senyap’ hanya menerusi projek kek lapis yang diusahakan-nya.Dayang Salhah memu-lakan projek Kek Lapis Sara-wak secara kecil-kecilan di rumahnya sendiri di Kampung Gersik, Petra Jaya, Kuching sejak tahun 1997.Untuk mempelbagaikan hasilnya, selain membuat Kek Lapis Sarawak, beliau juga turut membuat ‘Swiss Roll’. Pada awalnya, Dayang Salhah hanya mempunyai 10 tenaga kerja yang membantunya dan kebanyakan mereka dari kalangan ahli keluarga dan saudara mara, sehinggalah tertubuhnya sebuah syarikat perniagaan pembuatan makanan.Suri rumah yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Gersik, Petra Jaya, Kuching dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Openg, Petra Jaya, merupakan salah seorang ahli aktif di dalam Unit 059 Bandaraya di Pertubuhan Peladang Kawasan Kuching sejak Ogos 2002 dengan number keahlian 4300.Beliau yang kini mempunyai RM110.00 saham di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuching amat berterima kasih kepada PPK Kuching kerana telah banyak membantu beliau dalam pelaksanaan projek kek lapis tersebut sama ada dari segi nasihat, bimbingan dan juga kewangan hingga beliau mampu berdikari.PENCAPAIANSelepas sembilan tahun berkecimpung sebagai usahawan kek lapis dari rumah sendiri, Dayang Salhah boleh berbangga kini, apabila beliau akhirnya berjaya menubuhkan sebuah syarikat milik diri sendiri iaitu‘Dayang Salhah Enterprise’ pada 19 Mei 2006.Hari ini ‘Dayang Salhah Enterprise’ mempunyai dua kilang yang terletak di Industries MARA (KIM) di Lot 1191 & 1192, Blok 7, Estet Perindustrian Demak Laut di Jalan Bako, Kuching dan di SMI Industrial Park, Demak Laut, Blok 8, Muara Tebas juga di Jalan Bako, Petra Jaya, 93050, Kuching.Setakat ini terdapat 160 pekerja yang mempunyai pelbagai kepakaran, komitmen dan dedikasi untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka.Manakala pusat pemasarannya, Dayang Salhah masih lagi beroperasi di No 40, Kampung Gersik, Petra Jaya, Kuching sejak 1997 sehingglah sekarang.Kedai jualan yang terletak di tebingan Sungai Sarawak betul-betul berhadapan dengan Hotel Maghrarita Kuching dan begitu strategik untuk para pelancong yang tinggal di kawasan ‘Segitiga Emas’ di mana mereka boleh menyeberang sungai dengan sampan untuk terus membeli kek lapis.Selain itu syarikat Dayang Salhah Enterprise juga mengadakan perkhidmatan penghantaran terus tempahan kek lapis ke destinasi yang dikehendaki oleh pelanggan dan pelancong.Keistimewaan kedai Kek Lapis Sarawak di Kampung Gersik ialah ia turut menyediakan layanan istimewa kepada semua pengunjung dengan sajian jamuan ringan dan merasakan Kek Lapis Sarawak buatan Dayang Salhah dengan sepuas-puasnya.Malah di kedainya, beliau menyediakan ruang pameran dan jualan yang luas untuk para pengunjung memilih 53 jenis kek lapis pelbagai corak dan rasa di mana beliau sentiasa menambah baik kualiti kek di samping memperbanyakkan jenisnya.Istimewanya lagi, kedai ini turut menyediakan dan membolehkan ‘Dapur Kek Lapis Sarawak’ di Kampung Gersik yang boleh dilawati serta dilihat dengan mata sendiri oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui semua proses penghasilan ‘Kek Lapis Sarawak’.Walaupun berjaya dengan memiliki dua buah kilang namun Dayang Salhah tetap memberikan tumpuan khas kepada dua keluarannya iaitu Kek Lapis Sarawak dan Swiss Roll. Hari ini jenama syarikat beliau – Kek Lapis Dayang Salhah – tidak asing lagi di kalangan penduduk tempatan serta penggemar Kek Lapis Sarawak termasuk pelancong asing.
Menjadi Usahawan Bermula dengan Hobi
Bukanlah fakta yang dongeng bahawa perniagaan biskut yang terkenal daripada Amerika Syarikat, Famous Amos hanyalah bermula dengan hobi. Hobi adalah satu pekerjaan yang dilakukan untuk mengisi masa lapang. Selalunya kita seronok melakukannya kerana ia memberi kepuasan dalam kerja yang dilakukan, lebih-lebih lagi jika ia secara tidak langsung memberikan pendapatan.
Kita lihat beberapa contoh bagaimana impak hobi boleh menjana wang. Contoh ini di ambil daripada StarBizWeek 23 April 2011.
Adelyn Koh memiliki syarikat menjual buku yang terpakai. Syarikat beliau Junk Book Store telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai kedai buku terpakai yang terbesar di negara. Bagaimana bermula cerita beliau?. Ia hanyalah bermula sebagai hobi suami beliau. Dia suka mengumpul buku-buku lama. Hinggalah suatu hari timbul idea untuk menjual buku-buku ini. Bermula dengan kedai kecil seluas 600 kaki persegi di Jalan Ampang kini syarikat beliau beroperasi di kedai 3 tingkat di Jalan Tun H.S. Lee (5 minit daripada Pasar Seni) dengan mempunyai 1 juta buku-buku lama. Dicatatkan terdapat stok buku yang diterbitkan pada kurun ke 19.
Manakala Ratnam seorang yang meminati Volkswagen Beetle 1967 suka “bermain-main” dengan kereta kegemarannya pada hujung minggu. Bermula dengan menukar minyak enjin serta membaiki brek, lama kelamaan beliau mencuba kepada kerja-kerja berat seperti “overhaul enjin”. Sehinggalah suatu hari seorang rakanya yang memiliki kenderaan yang sama meminta beliau membaiki kenderaannya. Ratnam tidak meminta bayaran kerana dia menganggap ini adalah satu pertolongan. Namun demikian rakan-rakan beliau memperkenalkan perkhidmatan Ratnam hinggakan mereka sanggup membayar kerja Ratnam sendiri. Kini walaupun sudah bersara daripada kerja asal, Ratnam menjadikan kerja membaiki Wolkswagen Beetle adalah penjana pendapatan beliau.
Khalid yang berumur 32 tahun daripada Terengganu bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak professional. Namun takdir menentukan bahawa tugas sebagai guru adalah punca rezekinya. Namun demikian minat terhadap bola sepak masih mendalam. Sebagai guru beliau mempunyai banyak masa lapang. Bermula pada cuti hujung minggu, beliau membuka kelas latihan bola sepak percuma kepada kanak-kanak di kawasan kejiranan beliau. Lama kelamaan kumpulan ini semakin membesar. Bagi beliau duit bukanlah perkara pokok, yang utama melakukan kerja yang beliau minati adalah kepuasannya.
Ini adalah sebahagian contoh-contoh perniagaan yang bermula sebagai hobi di masa lapang. Perkara utama dalam memberikan hasil kerja yang terbaik adalah minat terhadap kerja yang dilakukan.
Investment Option For better retirement Planning
When you retire, usually you’ll end up by having less money than your working day. It’s because you have nosource of income anymore, and you’re forced to use your retirement investment for your daily expenses. The investment, at some point might be the best choice for you. However, when the products price rise up, you won’t be able to handle your expenses because it will increase too, while your retirement’s fund stay in the same spot. In no time, you will not only withdraw the interest of yourretirement’s fund, but also the initial investment that you put in there too. How long do you think you could pay for your daily expenses then?
To build a better future, you need to make an investment plan. The plan that is not only put some money after you’re retired, but also the plan that keeps growing up. Here are some investment tools that you could take advantage of in building a successful financial life :
1. 401K Plan – This is the easiest and fastest way to save some money for your retirement day. The money will be taken from your payroll, and usually you’ll never realize that you have it before until your retirement day. Make sure you have this 401K Plan. If you haven’t, open a new one.
2. Life Insurance – No one in their right mind will skip the life insurance. It is the best tool to protect yourself against any accidents that may occur to you. It will make your family more secure just in case you passed away and left your children and wife with nothing.
3. Stocks – This one is quite popular today. This investment tool allows you to buy some shares of the company, and they will pay you with dividends for it. This will require a good time of research to find the best company. But after you’re done, you could relax and let them grow themselves.
4. Bonds – Bonds is a promise note from a private company or government. You give them some money as a loan with interest for a number of years until they paid you back, in full. This is usually the lowest risk of investment tool and very useful for people who just starting to investing.
5. Mutual Funds – This is the investment tool that based in gains and loses of shareholder. One person will manage the money from several people or companies, and then spread the investment in several place to minimize the risk that might occur.
6. Money Market Funds – This is a short-term investment tool. You could get in and get out of the market along with your cash in a matter of minutes. You could act as an independent shareholder and manage your own money.
7. Brokered Certificates of Deposit (CDs) – This is an investment tool that require you to invest your money in a set of time. The benefit that you can enjoy from this CDs is that you could take out your money anytime you want without paying any penalty fees.
8. Real Estate – This is the most favorite investment tools all the time. Real estate investment could be your house, empty lands, or rental properties. Many investors love to use this investment tool because it’s steady and the properties price usually rising throughout the years.
No matter which investment tools that you choose, just make sure that you learn something about it first before you jumped off with both feet. You could also ask some advices from the expert in the fields regarding your investment tools before you start investing.