Video

Sarawak Bumi Kenyalang

Sarawak juga dikenali Sebagai Bumi Kenyalang di mana burung kenyalang mempunyai pertalian rapat dengan kehidupan,sejarah dan lagenda masyarakat Peribuminya.

Perahu Tambang Sungai Sarawak

Seperti Irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan,seperti itu jugalah di ibaratkan Perahu Tambang dan Sungai Sarawak.

Dewan Bandaraya Kuching Utara

Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara tersergam Indah di Bukit Siol,Petra Jaya.

Wisma Bapa Malaysia

Wisma Bapa Malaysia adalah Ibu Pejabat untuk Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Sarawak.

Dewan Undangan Negeri Sarawak

Dewan Undangan Negeri sarawak adalah Simbol lambang Perpaduan dan Kemajuan Rakyat Sarawak yang dikecapi dari Kuching hinggalah ke Lawas.

Showing posts with label Usahawan. Show all posts
Showing posts with label Usahawan. Show all posts

Sunday, October 30, 2011

Santubong Homestay

Untuk Maklumat Lanjut mengenai Homestay di Santubong : Klik link di bawah.

Saturday, October 22, 2011

Resipi Rahsia dalam Secret Recipe

Mungkin ramai pembaca tidak mengenali Datuk Steven Sim, tetapi penulis yakin ramai mengetahui nama kafe Secret Recipe. Begitu besar impak jenama kafe yang lahir di negara ini dan jenama ini sedang berkembang hari demi hari.

Menaungi kira-kira 3000 pekerja dan 98% daripada mereka adalah pekerja Melayu beragama Islam. Secret Recipe bermula dengan 10 jenis kek dan lima hidangan lain. Kini kafe ini menawarkan 45 jenis kek dan 30 makanan lain.

Datuk Steven Sim ialah anak kelahiran Kota Bharu Kelantan dan beliau membesar dalam kelompok masyarakat Melayu. Akibat kehidupan dalam kekurangan, beliau kreatif dalam kehidupannya. Mengakui dilahirkan dengan bakat berniaga, namun kata beliau jiwa keusahawanan tidak boleh dibuat-buat.

Ditanya bagaimana Secret Recipe bermula, beliau menjawab, “Ketika itu saya merasakan ada sesuatu yang kurang dalam perniagaan makanan di negara kita. Kita ada “fine dining” di hotel-hotel, manakala kedai makan biasa selalunya serba ringkas dan kurang menjaga kebersihan. Tidak ada “casual dining” di mana kita boleh menikmati hidangan sambil bersantai dalam suasana yang menarik dengan harga makanan yang tidak terlalu mahal.”

Dari situlah bermulalah premis pertama Secret Recipe di SS2 Petaling Jaya.

Steven berkongsi pengalaman memperkenalkan Secret Recipe di negara Singapura. Hasrat membuka outlet di Orchard Road kecundang lantaran jenama Malaysia dipandang rendah. Tidak berputus asa dia mencuba di kawasan lain di republik itu. Ternyata sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Tatkala berjaya, beliau ditawarkan ruang perniagaan di Orchad Road. Bukan itu sahaja, dua kali beliau didatangi pihak pelaburan Singapura agar memindahkan ibupejabat Secret Recipe ke Singapura. Namun jati diri Steven tidak mudah terpesona dengan tawaran itu.

Kini dengan pasaran menjangkau ke China, Australia, Filipina, Thailand, Brunei, Indonesia dan beberapa negara lain, percaturan Steven bersama tiga anak saudaranya membuahkan hasil.

#Kisah beliau ini dipetik daripada akhbar Mingguan Malaysia 24 April 2011 tulisan Noraini Abd Razak.

Dayang Salhah : Jutawan Senyap Kek lapis

PADA usia baru mencecah 47 tahun, Dayang Salhah Awang Weldan, selayaknya merangkul Anugerah Peladang Jaya Wanita sempena Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Betong pada 31 Julai-2 Ogos tahun lalu, apabila beliau berjaya untuk meraih gelaran ‘jutawan senyap’ hanya menerusi projek kek lapis yang diusahakan-nya.Dayang Salhah memu-lakan projek Kek Lapis Sara-wak secara kecil-kecilan di rumahnya sendiri di Kampung Gersik, Petra Jaya, Kuching sejak tahun 1997.Untuk mempelbagaikan hasilnya, selain membuat Kek Lapis Sarawak, beliau juga turut membuat ‘Swiss Roll’. Pada awalnya, Dayang Salhah hanya mempunyai 10 tenaga kerja yang membantunya dan kebanyakan mereka dari kalangan ahli keluarga dan saudara mara, sehinggalah tertubuhnya sebuah syarikat perniagaan pembuatan makanan.Suri rumah yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Gersik, Petra Jaya, Kuching dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Openg, Petra Jaya, merupakan salah seorang ahli aktif di dalam Unit 059 Bandaraya di Pertubuhan Peladang Kawasan Kuching sejak Ogos 2002 dengan number keahlian 4300.Beliau yang kini mempunyai RM110.00 saham di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuching amat berterima kasih kepada PPK Kuching kerana telah banyak membantu beliau dalam pelaksanaan projek kek lapis tersebut sama ada dari segi nasihat, bimbingan dan juga kewangan hingga beliau mampu berdikari.PENCAPAIANSelepas sembilan tahun berkecimpung sebagai usahawan kek lapis dari rumah sendiri, Dayang Salhah boleh berbangga kini, apabila beliau akhirnya berjaya menubuhkan sebuah syarikat milik diri sendiri iaitu‘Dayang Salhah Enterprise’ pada 19 Mei 2006.Hari ini ‘Dayang Salhah Enterprise’ mempunyai dua kilang yang terletak di Industries MARA (KIM) di Lot 1191 & 1192, Blok 7, Estet Perindustrian Demak Laut di Jalan Bako, Kuching dan di SMI Industrial Park, Demak Laut, Blok 8, Muara Tebas juga di Jalan Bako, Petra Jaya, 93050, Kuching.Setakat ini terdapat 160 pekerja yang mempunyai pelbagai kepakaran, komitmen dan dedikasi untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka.Manakala pusat pemasarannya, Dayang Salhah masih lagi beroperasi di No 40, Kampung Gersik, Petra Jaya, Kuching sejak 1997 sehingglah sekarang.Kedai jualan yang terletak di tebingan Sungai Sarawak betul-betul berhadapan dengan Hotel Maghrarita Kuching dan begitu strategik untuk para pelancong yang tinggal di kawasan ‘Segitiga Emas’ di mana mereka boleh menyeberang sungai dengan sampan untuk terus membeli kek lapis.Selain itu syarikat Dayang Salhah Enterprise juga mengadakan perkhidmatan penghantaran terus tempahan kek lapis ke destinasi yang dikehendaki oleh pelanggan dan pelancong.Keistimewaan kedai Kek Lapis Sarawak di Kampung Gersik ialah ia turut menyediakan layanan istimewa kepada semua pengunjung dengan sajian jamuan ringan dan merasakan Kek Lapis Sarawak buatan Dayang Salhah dengan sepuas-puasnya.Malah di kedainya, beliau menyediakan ruang pameran dan jualan yang luas untuk para pengunjung memilih 53 jenis kek lapis pelbagai corak dan rasa di mana beliau sentiasa menambah baik kualiti kek di samping memperbanyakkan jenisnya.Istimewanya lagi, kedai ini turut menyediakan dan membolehkan ‘Dapur Kek Lapis Sarawak’ di Kampung Gersik yang boleh dilawati serta dilihat dengan mata sendiri oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui semua proses penghasilan ‘Kek Lapis Sarawak’.Walaupun berjaya dengan memiliki dua buah kilang namun Dayang Salhah tetap memberikan tumpuan khas kepada dua keluarannya iaitu Kek Lapis Sarawak dan Swiss Roll. Hari ini jenama syarikat beliau – Kek Lapis Dayang Salhah – tidak asing lagi di kalangan penduduk tempatan serta penggemar Kek Lapis Sarawak termasuk pelancong asing.

Menjadi Usahawan Bermula dengan Hobi

Bukanlah fakta yang dongeng bahawa perniagaan biskut yang terkenal daripada Amerika Syarikat, Famous Amos hanyalah bermula dengan hobi. Hobi adalah satu pekerjaan yang dilakukan untuk mengisi masa lapang. Selalunya kita seronok melakukannya kerana ia memberi kepuasan dalam kerja yang dilakukan, lebih-lebih lagi jika ia secara tidak langsung memberikan pendapatan.

Kita lihat beberapa contoh bagaimana impak hobi boleh menjana wang. Contoh ini di ambil daripada StarBizWeek 23 April 2011.

Adelyn Koh memiliki syarikat menjual buku yang terpakai. Syarikat beliau Junk Book Store telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai kedai buku terpakai yang terbesar di negara. Bagaimana bermula cerita beliau?. Ia hanyalah bermula sebagai hobi suami beliau. Dia suka mengumpul buku-buku lama. Hinggalah suatu hari timbul idea untuk menjual buku-buku ini. Bermula dengan kedai kecil seluas 600 kaki persegi di Jalan Ampang kini syarikat beliau beroperasi di kedai 3 tingkat di Jalan Tun H.S. Lee (5 minit daripada Pasar Seni) dengan mempunyai 1 juta buku-buku lama. Dicatatkan terdapat stok buku yang diterbitkan pada kurun ke 19.

Manakala Ratnam seorang yang meminati Volkswagen Beetle 1967 suka “bermain-main” dengan kereta kegemarannya pada hujung minggu. Bermula dengan menukar minyak enjin serta membaiki brek, lama kelamaan beliau mencuba kepada kerja-kerja berat seperti “overhaul enjin”. Sehinggalah suatu hari seorang rakanya yang memiliki kenderaan yang sama meminta beliau membaiki kenderaannya. Ratnam tidak meminta bayaran kerana dia menganggap ini adalah satu pertolongan. Namun demikian rakan-rakan beliau memperkenalkan perkhidmatan Ratnam hinggakan mereka sanggup membayar kerja Ratnam sendiri. Kini walaupun sudah bersara daripada kerja asal, Ratnam menjadikan kerja membaiki Wolkswagen Beetle adalah penjana pendapatan beliau.

Khalid yang berumur 32 tahun daripada Terengganu bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak professional. Namun takdir menentukan bahawa tugas sebagai guru adalah punca rezekinya. Namun demikian minat terhadap bola sepak masih mendalam. Sebagai guru beliau mempunyai banyak masa lapang. Bermula pada cuti hujung minggu, beliau membuka kelas latihan bola sepak percuma kepada kanak-kanak di kawasan kejiranan beliau. Lama kelamaan kumpulan ini semakin membesar. Bagi beliau duit bukanlah perkara pokok, yang utama melakukan kerja yang beliau minati adalah kepuasannya.

Ini adalah sebahagian contoh-contoh perniagaan yang bermula sebagai hobi di masa lapang. Perkara utama dalam memberikan hasil kerja yang terbaik adalah minat terhadap kerja yang dilakukan.

Kilang Pengeluar Insan Berjaya



Kelantan terkenal sebagai kilang menghasilkan ramai pemain bolasepak yang ternama dalam negara. Malah pasukan bolasepak negeri ini juga seringkali memenangi piala kejohanan bolasepak Malaysia. Jepun terkenal dengan penghasilan produk-produk elektronik berjenama. Mereka memang inovatif dalam menghasilkan produk-produk baru sesuai dengan permintaan pasaran. Manakala jika kita singgah ke Jerman, mereka juga tidak kurang hebat dalam pembuatan kereta yang berkualiti sejak daripada dulu lagi. Switzerland dengan jam, Perancis dengan fesyen dan terbaru kuasa ekonomi Asia, Korea Selatan menjadi pengeluar kapal pengangkut yang terhebat di dunia.

Bagaimanakah negara-negara ini boleh menghasilkan sumber manusia yang boleh menerajui ekonomi pengeluar yang terbaik peringkat dunia?

Zaman selepas merdeka, Malaysia menumpukan kepada ekonomi berdasarkan pertanian dan pembuatan. Manakala dengan wujudnya tenaga buruh negara yang murah pada tahun 1980an telah menarik ramai pelabur daripada luar negara untuk membina kilang-kilang pengeluaran bagi menghasilkan produk dengan kos murah di Malaysia.

Setelah kita memasuki era 2000, kos buruh di negara kita semakin meningkat, manakala negara jiran seperti Vietnam, Thailand dan China mampu menarik pelabur dengan kos buruh dan tenaga profesional yang rendah menyebabkan satu demi satu kilang menutupkan operasi mereka di negara kita.

Kini sudah sampai masanya kita semua memainkan peranan menjana ekonomi baru yang bukan lagi tertumpu kepada menghasilkan produk, tetapi menghasilkan tenaga kerja yang boleh menggerakkan ekonomi negara. Bagaimana?

Jika seorang jurulatih sesuatu jenis sukan, mereka bertanggungjawab menghasilkan atlet-atlet yang bertaraf dunia yang mampu menjana pendapatan jutaan ringgit. Bagi seorang pensyarah, mereka bertanggungjawab untuk membuat penyelidikan bagi menghasilkan produk-produk yang baru untuk dipatenkan. Manakala dalam industri hiburan pengarah/penghasil karya perlu melahirkan hasil seni yang boleh dijadikan produk eksport ke luar negara. Dan jurulatih usahawan bertanggungjawab melahirkan ramai usahawan baru yang berdaya saing dalam pasaran.

Secara ringkasnya ekonomi zaman kini bukan lagi menitikberat penghasilan produk sahaja, tetapi mengkaji dan menghasilkan produk yang inovatif dalam pasaran serta kualiti insan yang boleh dilahirkan melalui pendidikan. Jika ramai insan yang berkualiti dapat dihasilkan secara tidak langsung kita boleh menjadi pengeluar yang terkenal peringkat antarabangsa seperti yang telah dilakukan oleh negara maju.

Credit : Bina Usahawan

Penjual ensiklopedia jadi pemilik hotel

Artikel ini dipetik daripada Utusan Malaysia Online 6 Ogos 2011

Oleh AZMAN IBRAHIM

bisnes.utusan@gmail.com

KUALA LUMPUR 5 Ogos - ‘Kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya’, begitulah pepatah Melayu dicipta bagi menggambarkan betapa seseorang individu perlu gigih berusaha untuk mencapai kejayaan.

Pepatah itu bertepatan dengan pencapaian yang diraih oleh pemilik Apple Hotel, Jerry Ho yang melalui pelbagai liku-liku kehidupan sebelum mampu mencipta kejayaan dalam industri perhotelan di negara ini.

Ho, 55, merupakan anak Malaysia yang datang daripada keluarga miskin tetapi menjadikan kekurangan yang ada sebagai pendorong untuk lebih berjaya.

Biarpun tidak memperoleh pendidikan tinggi, itu bukan alasannya kerana Ho, beliau berpendapat, hanya orang yang rajin akan menikmati kemanisan buah kejayaan.

”Untuk berjaya, saya perlu rajin dan saya mula bekerja gigih sejak usia 18 tahun.

”Saya juga pernah hidup dengan hanya berbekalkan RM3 dalam poket sepanjang pengalaman bekerja dan ia menjadikan saya lebih kuat,” katanya yang juga Pengarah Urusan Apple Hotel Sdn. Bhd.

Ho memberitahu Utusan Malaysia ketika ditemui di sini bahawa beliau sendiri tidak menyangka pada suatu hari nanti dia akan memiliki hotel sendiri iaitu Apple Hotel yang terletak di Jalan Alor, Bukit Bintang di sini kerana dia hanya memiliki kerjaya sebagai penjual jualan langsung ensiklopedia pada usia 18 tahun.

”Menjadi jurujual ensiklopedia banyak mengajar saya tentang strategi perniagaan dan bagaimana untuk berniaga,” katanya.

Selepas menjual ensiklopedia, Ho telah menceburi pelbagai jenis kerja termasuk dengan syarikat niaga import dan eksport antarabangsa.

Ho juga pernah menyertai syarikat kontraktor landskap dan pernah menjadi syarikat utama dalam pembangunan taman tema Sunway Lagoon di Kuala Lumpur.

Ahli perniagaan ini juga pernah bekerja di Disneyland, Amerika Syarikat.

Sekarang Ho menulis buku bertajuk ‘Hitting The Property Jackpot’ setebal lebih 300 muka surat yang menceritakan tentang potensi untuk mencapai kejayaan dalam dunia hartanah.

Tunjuk Berani Demi Kerja




CUKUP sukar sekali untuk menemubual ‘wanita waja’, Datuk Maznah Hamid yang merupakan usahawan perniagaan kawalan keselamatan bukan hanya terkenal di Malaysia tetapi juga di luar negara.

Beliau sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan perniagaan selain turut aktif dalam dunia politik.

Oleh sebab itu, tidak menghairankan, beberapa kali temu bual terpaksa ditunda.

Setelah puas menunggu, akhir anak kelahiran Ayer Hitam, Jerlun, Kedah, itu berjaya memperuntukan masa selama dua jam untuk berkongsi kisah peribadinya baru-baru ini.

Soalan pertama yang diajukan kepada beliau ketika temubual itu adalah gelaran wanita besi. Secara berseloroh, Maznah menjawab;

“Ramai orang geram dengan saya. Semuanya gara-gara imej berani, tegas dan kebal yang jelas tertonjol pada imej penampilan saya. Tetapi, orang tidak tahu bahawa saya terpaksa mengekal imej dan watak itu demi kerja.

“Kalau saya tidak berani dan tegas, saya akan dipijak-pijak, malah, kebanyakan pekerja saya adalah lelaki, bagi menimbulkan rasa hormat, saya perlu dominan,’’ katanya.

Namun beliau juga bimbang gelaran itu akan menyebabkan masyarakat umum beranggapan beliau seorang queen control terhadap suaminya, Datuk Shaheen Mirza.

‘‘Tanggapan (queen control) itu tidak benar sama sekali, hakikatnya, kami adalah rakan kongsi dalam perniagaan yang saling melengkapi,’’ ujarnya.

Menurut Maznah yang gembira dengan kejayaan semasanya berkata, apa yang diraih kini adalah hasil kerja keras dan usaha yang bersungguh-sungguh.

Maznah berkata, beliau berasal keluarga miskin dan dibesarkan oleh nenek sejak berusia lima tahun selepas berlaku perpecahan keluarga.

Katanya, dia merupakan kanak-kanak yang kesepian, tetapi kekurangan itu menjadi satu rahmat kerana faktor itu menyebabkan beliau berusaha keras untuk menjadi insan berjaya.

Maznah menyifatkan dirinya bukanlah pelajar pintar ketika di sekolah, tetapi amat meminati bahasa Inggeris sehingga meneruskan pengajiannya ke kolej.

Selepas menamatkan pengajian, Maznah bekerja sebagai guru bahasa persendirian atau penterjemah bahasa di pejabat kedutaan asing di Kuala Lumpur selama dua tahun.

Selain pejabat kedutaan, Maznah pernah menjadi guru bahasa persendirian di syarikat-syarikat multinasional.

Pendedahan dengan kehidupan ‘orang kaya’ sewaktu bekerja mendorong Maznah untuk turut mencari petua untuk berjaya seperti mereka.

Malah, ramai orang kenamaan yang menasihatkan beliau supaya menceburi bidang perniagaan yang beliau mempunyai kekuatan atau belum diterokai oleh orang lain.

‘‘Oleh sebab, hampir setiap hari saya berkunjung ke rumah kedutaan asing dan mendapati mereka mempunyai rumah pengawal, pengawal keselamatan dan pengawal peribadi.

‘’Jadi, saya berasa mereka (orang kenamaan) adalah merupakan golongan sasaran penting untuk mendapatkan khidmat perniagaan itu. Jadi, saya pun berfikir untuk mencuba perniagaan kawalan keselamatan,’’ ujarnya.

Berbekal duit poket dan simpanan hasil mengajar di rumah duta dan orang kenamaan sebanyak RM5,000, Maznah dan suami telah mengambil alih sebuah syarikat keselamatan pada tahun 1980 dengan menamakannya Securiforce Sdn. Bhd.

Pada waktu itu, Maznah memulakan perniagaan dengan lima pengawal keselamatan dan lima pelanggan terdiri daripada orang kenamaan.

‘’Waktu itu, saya sudah kahwin, duit tidak ada dan gagal mendapat pinjaman bank untuk membesarkan perniagaan. Jadi, kami terpaksa menjual rumah dan menyewa rumah di kawasan setinggan tanpa bekalan elektrik selama dua tahun,’’ kata beliau.

Rahmat dari kesusahan itu, Maznah mendapat kekuatan diri untuk berusaha dengan lebih gigih bersama-sama suaminya.

Katanya, universiti terbaik dalam kehidupan adalah kepahitan dan kesusahan yang menjadikan diri seseorang lebih kreatif, inovatif, kebal dan bijaksana.

Menurut Maznah, beliau dan suami menderita kesusahan hampir 10 tahun untuk memastikan perniagaan kawalan keselamatan berkembang.

‘’Saya sendiri pernah menjadi pengawal keselamatan di sebuah pasar raya menggantikan pekerja yang pulang ke kampung kerana bercuti Hari Raya Aidilfitri. Manakala suami saya pula tugas rondaan keselamatan di rumah orang kenamaan.

‘‘ Tidak siapa pun tahu ketika itu, saya adalah pemilik syarikat kawalan keselamatan,’’ jelas beliau.

Katanya, pelbagai pengalaman yang ditempuh sejak awal hingga akhir menyebabkan pihaknya berjaya mengadakan sistem keselamatan yang canggih dan menyeluruh pada waktu ini.

Maznah berkata, pihaknya turut pernah melibatkan diri dalam perniagaan jualan langsung dan juga pelbagai produk, untuk mendapat modal pusingan.

Beliau yang mendapat pengiktirafan pertama iaitu Anugerah Usahawan Cemerlang pada 1990 berkata, seseorang usahawan perlu mempunyai pelbagai kemahiran dan pelbagai bakat.

Pada malam penyampaian anugerah itulah Maznah buat pertama kali mendapat gelaran ‘wanita besi’ yang diberikan oleh pengacara majlis pada waktu itu.

Kini, Securiforce mempunyai 65 cawangan di seluruh negara dengan 5,000 kakitangan, 4,000 daripadanya merupakan pengawal keselamatan.

Syarikat itu kini telah menembusi lebih 10 buah negara.

Rencana ini dipetik daripada www.utusan.com.my pada 24 September 2011

11 gradual steps to Success


1. choose your destination, probably the hardest part of success is really finding what you want and not second guessing it.

2. review your plan, right it down on paper not your computer. This will help it sink in much better.

3. read it every work day and re-write all of it weekly as you add and change your plan.

4. prepare for your plan, get all your ducks in a row before you take action

5. start fast and hard, be willing to make some mistakes and try harder then needed.

6. plan for set backs and shake them off when they come

7. learn from your mistakes and others in your industry

8. over shoot your goal and put yourself in the place as if you are there.

9. avoid shortcuts

10. master your fears, you will have to confront and concur many demons along the way .

11. persist until you succeed, decide that there is no option of failure only minor set backs

Thursday, October 20, 2011

Usahawan dan Peniaga : Satu Perbincangan

BERBAGAI-bagai pandangan dan pendapat diberikan terhadap definisi keusahawanan. Lain buku lain pula cara penjelasannya. Tidak ada definisi piawai yang boleh digunakan untuk menterjemahkan definisi keusahawanan.

Ini ialah kerana keusahawanan ialah satu aktiviti unik yang dijalankan oleh seseorang sebagai kerjaya untuk mendapatkan untung serta memerlukan gabungan perkara-perkara asas seperti keperibadian, kelakuan, pengalaman, pemikiran, keupayaan, modal, pengetahuan dan lain-lain lagi.

Walaupun terdapat definisi yang berbeza tetapi konsepnya adalah sama, iaitu berusaha untuk mendapatkan keuntungan dengan penggunaan sumber-sumber yang diperolehi.



USAHAWAN.

Keusahawanan adalah satu perkataan yang agak baru yang digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menerangkan kerjaya seseorang dalam bidang perniagaan. Ia digunakan sebagai terjemahan kepada perkataan “Enterprice’. Berikut dijelaskan beberapa definisi keusahawanan yang telah difahamkan dan terdapat dalam buku-buku bacaan.

Keusahawanan ialah aktiviti perniagaan yang berpunca dari kebolehan seseorang mengenalpasti peluang pelaburan dan perniagaan dan bertindak untuk menjayakan rancangan yang menghasilkan keuntungan pada dirinya dan membantu pembangunan ekonomi negara.

AKTIVITI USAHAWAN.
Aktiviti perniagaan yang berpunca dari kesanggupan seseorang menjalankan sesuatu perniagaan yang menguntungkan dengan cara memenuhi keperluan pengguna dan masyarakat.

Aktiviti perniagaan yang diwujudkan oleh seseorang yang mentafsirkan keadaan persekitaran, mengenalpasti peluang, menggunakan bahan, melaksanakan idea-idea, menambahkan kekayaan dan menggalakkan kebajikan sosial.

Aktiviti perniagaan yang dimulakan oleh seseorang yang bersifat berani mengambil risiko yang telah diperhitungkan dengan penuh keyakinan dan bertanggungjawab terhadap masyarakat.

Aktiviti perniagaan yang dihasilkan oleh seseorang yang menumpukan kecenderungan fikiran dan mengambil risiko yang telah diperhitungkan untuk mencapai matlamat perdagangan dan perindustrian.

SATU SENI.

Satu seni iaitu keupayaan menggabungkan dan menggunakan sumber-sumber yang ada dan menyelaraskan aktiviti perniagaan dan menguntungkan, dengan cara yang dinamik.

Aktiviti perniagaan yang dimulakan oleh seseorang yang mempunyai keinginan mendesak untuk mewujudkan nilai-nilai kejayaan dengan cara mengambil risiko yang telah diukur dan dibezakan dengan satu-satu yang tidak pasti dan seterusnya memaksimakan peluang yang ada.
Aktiviti perniagaan yang berpunca dari kebolehan seseorang membeli barangan dan mengurus faktor-faktor pengeluaran dan melipatgandakan kekayaan dengan cara yang cekap dan berkesan.

Pengendalian perniagaan yang dihasilkan oleh seseorang yang berani mengambil risiko dan membuat keputusan, rajin menggunakan akal fikiran, bebas bertindak, mengadakan kebajikan dan kepimpinan yang sukar dicari ganti.

Perniagaan yang dijalankan oleh manusia yang boleh mengembangkan kemajuan ekonomi dengan pesat.
Sebagaimana yang telah dijelaskan, kita dapati definisi keusahawanan mempunyai tafsiran yang berbeza-beza tetapi mempunyai konsep yang sama. Dalam erti kata yang lain, keusahawanan, adalah perniagaan yang diwujudkan atau dimulakan, atau perniagaan yang dikembangkan dan dimajukan oleh seseorang yang berani mengambil risiko, rajin, inginkan kejayaan hidup, tahu mengenalpasti peluang dan menggabungkan kebolehan dan pengetahuannya untuk menguruskan perniagaan yang mendatangkan keuntungan. Kesan daripada aktiviti tersebut dapat membantu pembangunan ekonomi negara serta meninggikan taraf kehidupan masyarakat.

Di sini kita dapati bahawa keusahawanan meliputi semua jenis perniagaan sama ada kecil atau besar. Oleh itu seseorang yang bertindak dan berniaga dalam konteks definisi keusahawanan dan usahawan. Usahawan adalah seseorang yang mengendalikan perniagaan dengan cekap dan mengikut kecenderungan fikiran, memenuhi keperluan serta bertanggungjawab terhadap masyarakat dan mendapatkan keuntungan yang berpatutan.



PENIAGA.
Berbeza dengan peniaga, di mana peniaga adalah seseorang yang mengendalikan perniagaan tetapi hanya memberi tumpuan kepada keuntungan perniagaannya sahaja. Peniaga biasanya mudah putus asa, tidak sabar dan inginkan kejayaan dalam masa yng singkat. Jika peniaga mengalami kerumitan dalam perniagaan, beliau akan lebih mudah bertindak mengecewakan pelanggannya dan kadangkala sanggup menipu pelanggannya.

Definisi keusahawanan yang telah diperbincangkan memperlihatkan kepada kita bahawa kebanyakan nilai-nilainya tertumpu kepada kualiti keperibadian seseorang usahawan, yang berusaha mencapai kejayaan hidup dan faedah keuntungan perniagaannya. Keusahawanan tidak hanya tertumpu kepada modal perniagaan atau banyaknya jualan. Ia memerlukan dua modal asas yang utama iaitu akal fikiran yang waras dan kesihatan tubuh badan yang baik. Modal kewangan merupakan faktor kedua dalam pengurusan perniagaan. Kejayaan dalam keusahawanan lebih mudah dicapai jika seseorang itu mempunyai sifat-sifat keusahawanan.

Seorang pengusaha ternakan ayam boleh diambil sebagai contoh untuk menjelaskan perbezaan antara seorang usahawan dan peniaga.

PENIAGA.

Jika ia seorang peniaga, beliau akan hanya mengira kos jualan untuk pembelaan ayam sehingga ia dijual. Keuntungan hasil jualan dikira dengan menolak jumlah kos jualan. Jika jumlah jualan tinggi, manakala kos pengeluaran rendah, bermakna ada keuntungan. Tetapi jika jumlah jualan rendah dari kos ataupun sama dengan kos jualan, beliau akan rugi atau hanya pulang modal sahaja. Jika keadaan ini berterusan seseorang peniaga itu mungkin akan berhenti dari perniagaan ini ataupun menukar ke perniagaan baru. Tetapi bagi seorang pengusaha pentenakan ayam yang bersifat sebagai seorang usahawan, beliau akan mempelbagaikan usahanya untuk menambahkan keuntungannya. Jika jualan ayam rendah, beliau akan menambahkan pendapatan mungkin dengan menjual najis ayam untuk membuat baja, menjual ayam yang disembelih dan diproses, menjual isi perut ayam kepada kilang membuat makanan binatang, atau kepada penternak ikan jelawat. Bulu ayam boleh diproses dan dibuat bantal seperti bantal-bantal di Amerika Syarikat. Pendapatan boleh juga didapati dengan menjual kaki ayam ke restoran-restoran Cina yang gemar menyediakan sajian ini.

kesimpulannya;kita lihat sendiri gerai makan yg ade di sekeling kita yg sudah azali lagi masih ade disitu dari kita kecil hingga kita membesar masih lagi beoperasi menyediakan makanan untuk kita,
persoalannya adakah tuan gerai sudah ade catering atau membuka restoran,jika tiada ia adalah peniaga,bukan usahawan jika ia usahawan sudah pasti ia akan membuka cawangan-cawangan atau meyediakan perkhidmatan yg berkaitan dengannya.
usahawan atau cendawan?

Jenis Keusahawanan dan Perniagaan

Aktiviti perniagaan atau keusahawanan yang banyak dilakukan terbahagi kepada empat bahagian:
* Perkilangan dan Pemerosesan
* Pengedar atau Agen
* Runcit
* Perkhidmatan

Perkilangan dan pemerosesan
Perniagaan perkilangan dan pemerosesan adalah satu cara perniagaan yang mana memerlukan tempat yang khas untuk mengumpulkan bahan-bahan mentah yang diperlukan, dan gabungan bahan-bahan ini dijadikan satu barangan yang digunakan dan diperlukan oleh pengguna atau pelanggan.

Barangan yang dikeluarkan adalah untuk penggunaan terus kepada pengguna ataupun untuk kilang lain. Cara pembentukan atau untuk menyiapkan barangan perlu mengikut proses yang telah ditetapkan; sama ada dengan bantuan mesin atau bantuan manusia.

Pada kebiasaannya jenis perkilangan dan pemerosesan memerlukan sekumpulan pekerja yang mempunyai tugas-tugas yang berasingan dalam menyiapkan barang tersebut. Barangan yang telah siap akan diedarkan melalui pengedar atau agen yang bertugas untuk menyampaikan barangan tersebut kepada pengguna.

Perniagaan seperti membuat peti sejuk, kereta atau radio dianggap perniagaan perkilangan. Perniagaan seperti percetakan dan pembentukan barangan makanan boleh dianggap sebagai pemerosesan, tetapi semua aktiviti perniagaan jenis ini mempunyai tempat khas yang disebut sebagai kilang.

Pengedaran atau Agen
Pengedar atau agen disebut sebagai orang pertengahan yang menguruskan pengedaran barangan yang diperolehi dari kilang kepada peruncit atau pengguna. Jenis-jenis barangan seperti barangan makanan, jam, kereta dan barangan lain lebih ekonomi jika diedarkan melalui pengedar atau agen.

Walau bagaimanapun pengedaran barangan berbentuk perkhidmatan seperti insurans, juruperunding atau khidmat akautan, tidak wajar disebut pengedar. Terma yang sesuai bagi perniagaan ini disebut agen. Jika kilang-kilang membuat barangan terdapat di negara lain ingin mengedarkan barangannya di Malaysia, maka ia perlu melantik pengedar atau agennya di Malaysia.

Sesebuah kilang boleh mengedar barangannya sendiri, tetapi kos pengurusan pengedaran lebih tinggi daripada jika ia melantik dan memberi kuasa kepada pengedar atau agen. Contoh pengedaran antarabangsa yan g terkenal di Malaysia adalah seperti Boustead Sdn. Bhd. Dan Sime Darby Sdn. Bhd. Banyak juga pengedar tempatan yang mengedar barangan-barangan yang dibuat di Malaysia.

Runcit
Perniagaan secara runcit merupakan jenis perniagaan yang terbanyak di Malaysia. Barangan yang diperolehi untuk diniagakan mungkin datang dan dibeli terus dari kilang atau dari pengedar atau agen.

Perniagaan runcit didapati di semua kawasan sama ada di kampung atau di bandar. Kedai yang menjual barangan harian atau barangan dapur disebut kedai runcit, tetapi banyak lagi jenis perniagaan lain yang disebut perniagaan runcit seperti restoran, stesyen minyak, kedai ubat, kedai gambar, kedai kain baju, kedai alat-alat tulis, kedai alat elektrik, kedai alat solek dan sebagainya.

Perniagaan runcit diistilah begitu, sebab jenis perniagaan berurusan dan penjualan terus kepada pelanggan atau pengguna. Perniagaan runcit kebiasaannya memerlukannya pameran
barangan yang diniagakan di kedainya.

Perkhidmatan
Perkhidmatan yang diniagakan dianggap barangan. Penjualan perkhidmatan berbeza sedikit dengan penjualan barangan, sebab perkhidmatan yang diniagakan tidak boleh dilihat seperti khidmat peguam, akauntan, juruperunding, doktor dan lain-lain khidmat yang profesional.

Perkhidmatan ini diperlukan oleh pengguna atau pelanggan. Perniagaan perkhidmatan memerlukan kemahiran yang boleh mempengaruhi pelanggan. Kedai-kedai seperti membaiki alat-alat elektrik, membaiki kereta dan kedai gunting juga disebut sebagai perkhidmatan.

ps:dipetik dari http://www.sukses.my



Perbezaan Konsep Usahawan dan Peniaga

Definisi : Peniaga ialah orang yang menjalankan kegiatan jual beli barangan atau melakukan kegiatan perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Peniaga ialah orang yang melibatkan diri dalam kegiatan jual beli. Ia membeli barangan dengan harga yang lebih rendah dan menjual dengan harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan keuntungan dan jika ia melibatkan diri dalam kegiatan perkhidmatan, ia juga akan mendapat keuntungan daripada menawarkan perkhidmatannya. Ia berniaga semata-mata untuk mendapatkan untung. Selain daripada itu, objektif peniaga adalah untuk mencapai matlamat peribadi.

Jika diteliti kedua-dua istilah peniaga dan usahawan sememangnya terdapat perbezaan. Selain dari mencari keuntungan ushawan juga berkhidmat untuk masyarakat.

Ciri-ciri Peniaga.
1. Membeli barang untuk dijual semula.
2. Harga barang yang dibeli berbeza dengan harga barang yang dijual semula, selalunya lebih tinggi
3. Mempunyai sifat boleh mengurus perniagaan dengan baik. Ia sepatutnya mampu mengurus wang, pekerja-pekerja, barang-barang dan kedainya supaya teratur dan sistematik.
4. Tidak mencipta barang sendiri untuk dijual, sebaliknya membeli barang dari usahawan untuk dijual.

Setelah melihat definisi dan ciri-ciri seorang peniaga, kita sudah pasti dapat membezakan usahawan dan peniaga. Jadual 1.2 di bawah ini dapat memberi gambaran yang jelas mengenai perbezaan usahawan dan peniaga.


Jadual Perbezaan antara Usahawan dan Peniaga























Perbezaan antara usahawan dan peniaga ialah :-

Usahawan
1) Usahawan lebih mementingkan khidmat kepada masyarakat dan pembangunan negara.
2) Usahawan merupakan peniaga yang sentiasa membuat pengubahsuaian kepada produk atau perkhidmatan yang sedia ada dan mencari idea-idea baru.
3) Contoh: En. Zulkifli menjalankan perniagaan runcit. Ia melabelkan harga barangan, menyusun barangan mengikut jenis-jenis tertentu dan kedainya berhawa dingin. Seorang juruwang ditugaskan di kaunter pembayaran. Kedai runcitnya seakan-akan sebuah pasar raya. Ia mempunyai beberapa cawangan di bandar lain.

Peniaga
1) Peniaga lebih mementingkan keuntungan daripada khidmat kepada masyarakat dan pembangunan negara.
2) Peniaga merupakan orang yang membeli sesuatu barangan pada harga yang rendah dan menjual pada harga yang tinggi.
3) Contoh: En. Ahmad memiliki sebuah kedai runcit. Ia membeli barang-barang runcit daripada pemborong dan meletakkan barangannya di kedai untuk dijual kepada pengguna.

Definisi Keusahawanan


Keusahawanan adalah di antara perkara yang terpenting kepada individu, keluarga, pembangunan masyarakat, pembangunan negara serta agama. Ianya merupakan satu bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan (Jadual 1.1).

Jadual Menunjukkan Bidang Ilmu Keusahawanan


















Mengikut Yep Putih (1989), keusahawanan dikatakan sebagai satu kebolehan, kemampuan, dan kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara berikut :-

• Mengenalpasti peluang perniagaan
• Mengendalikan usaha perniagaan yang menguntungkan dirinya sendiri dan orang ramai.
• Mendapatkan kejayaan melalui usaha-usaha yang dapat memenuhi keperluan orang ramai.
• Mendapatkan kekayaan dengan cara berusaha memenuhi keperluan masyarakat.
• Mengambil risiko yang telah diperhitungkan (calculated risk)
• Mentadbir dan menggunakan faktor-faktor pengeluaran bagi menghasilkan pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial.
• Sentiasa berusaha dan bersedia untuk membuat pembaharuan yang boleh meningkatkan daya pengeluaran dari masa ke semasa.

Secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa keusahawanan sebagai kualiti manusia yang bukan sahaja mendatangkan faedah kepada dirinya sendiri tetapi ia dapat membangunkan ekonomi dengan pesat serta memberi sumbangan kepada orang lain. Ia merupakan proses mewujudkan dan mengurus perniagaan untuk mencapai objektif yang dihajati.

S: Huraikan perbezaannya antara usahawan dan keusahawanan
J: Perbezaan antara usahawan dan keusahawanan ialah usahawan merupakan orang yang mengusahakan sesuatu perniagaan atau perindustrian. Individu tersebut mempunyai ciri-ciri yang diperlukan oleh seorang usahawan seperti inovatif, kreatif, berani mengambil risiko yang telah diperhitungkan, bijak mengambil peluang dan lain-lain. Manakala keusahawanan ialah suatu bidang ilmu yang diceburi yang meliputi bidang pengetahuan, kemahiran dan sikap.

S: Apakah unsur-unsur sikap yang terkandung dalam keusahawanan?
J: Unsur–unsur sikap yang ada pada keusahawanan ialah motivasi yang tinggi, keyakinan kepada diri sendiri, inisiatif, bertanggungjawab, kebolehan menangani keadaan tidak menentu, keazaman dan kesungguhan serta ketahanan mental dan fizikal.

S: Sebutkan beberapa orang sebagai contoh usahawan di Malaysia yang telah berjaya. Nyatakan perkara- perkara yang telah dilakukan sehingga Ia berjaya menjadi usahawan.
J: Contoh usahawan yang berjaya:
a) Bill Gates –Program Komputer (Microsoft)
b) Dato’ Maznah Hamid – Keselamatan (Securiforce)
c) Tan Sri Mustapha Kamal – Pembangunan Hartanah (EMKAY)

Definisi Usahawan




Perkataan usahawan mula diperkenalkan dalam tahun 1970 iaitu semasa pelancaran Dasar Ekonomi Baru. Ianya bukanlah satu perkara yang baru kepada kita. Pada masa zaman Melayu Melaka, mereka yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan dipanggil sebagaipedagangmanakala pada tahun 1900an mereka dikenali sebagai peniaga.
Perkataan usahawan mempunyai erti yang sama dengan perkataan Inggeris ‘entrepreneur’. Perkataan ‘entrepreneur’ berasal dari perkataan Perancis, ‘entreprendre’ yang bererti memikul tugas atau tanggungjawab. Perkataan ‘entrepreneur’ telah digunakan semenjak tahun 1775 oleh Richard Cantillon yang merujuk kepada kegiatan dalam keusahawanan.
Banyak kajian telah dilakukan oleh pelbagai pihak dan beberapa pengertian kepada perkataan usahawan telah diberikan seperti berikut:-

1. Kamus Dewan Edisi Baru mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran.

2. The Encyclopedia Americana International Edition memberi maksud usahawan sebagai ahli perniagaan yang mengambil risiko menggabungkan faktor pengeluaran termasuk modal, buruh, bahan dan menerima ganjaran melalui keuntungan daripada nilai pasaran barangannya.

3. Joseph A.Schumpeter, seorang ahli ekonomi menyatakan usahawan adalah seorang inovator yang boleh mengakibatkan kepada suatu pembaharuan.

4. Webster’s Third New International Dictionary pula mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengurus suatu kegiatan ekonomi terutamanya mengelola, memiliki, mengurus dan menanggung risiko sesuatu perniagaan.

5. Carland (1984) mendefinisikan usahawan sebagai individu yang menubuhkan perniagaan dan menguruskannya untuk mendapatkan untung dan untuk terus berkembang.

Secara kesimpulannya, boleh kita nyatakan bahawa usahawan adalah seorang yang mengambil risiko memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan atau perusahaan dan mengusahakannya. Seseorang yang telah memulakan perniagaan atau telah membeli perniagaan yang dimulakan oleh orang lain juga dikenali sebagai usahawan. Usahawan juga adalah seorang pengurus yang menerajui perniagaannya dan dapat menuntut hak keempunyaan ke atas perniagaan tersebut. Oleh itu ia menanggung risiko perniagaan. Usahawan mempunyai wawasan dan mengembangkan perniagaan untuk kemakmuran masyarakat. Ia adalah seseorang yang inginkan kebebasan dalam perniagaan, membuat keputusan sendiri dan seterusnya ingin berjaya atas usaha sendiri.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More